Author:
• Wednesday, July 04th, 2012

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG 3,
TAMAN MARIDA, 70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KOD SEK : NEA4114 TEL : 06-6778013 FAX : 06-6778253

Ruj Tuan :
Ruj Kami : Bil.( )dlmSMKS3/08/04/002 Jld 2
Tarikh : 7 Mei 2012

Semua ibu/bapa/penjaga

Tuan/Puan,

Sumbangan PIBG Sesi 2012

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang 3 telah diadakan pada 31 Mac 2012. Dalam mesyuarat tersebut, pihak PIBG telah bersetuju bahawa pelajar perlu membayar seperti butiran di bawah :

BIL JENIS BAYARAN TINGKATAN 1, 2 dan 3

1 Yuran PIBG RM 20.00 RM20.00
2 CD MEGA ( Majalah Sekolah ) RM 5.00 RM 5.00
3 Bayaran Kertas Soalan Percubaan PMR ( Pep. Setara ) – RM 15.00
4 Program Kecemerlangan Akademik Pelajar – RM 30.00
5 Tuisyen Bintang – RM 50.00
JUMLAH RM 25.00 RM 120.00

3. Pembayaran boleh dibuat kepada guru kelas masing-masing melalui tunai atau cek atas nama PIBG SMK Senawang 3

4. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………….
( ISMADI HASHIM)
Yang Dipertua PIBG,
SMK Senawang 3,

Category: Utama  | Leave a Comment
Author:
• Tuesday, July 03rd, 2012

Selamat Datang Ke laman PIBG SMK Senawang 3.

Category: Utama  | One Comment